Ada orang setiap hari dok pegang kalkulator
dok kira setiap hari berapa elaun bulan ni
berapa puluh peratus kenaikan tahun ni
berapa bulan bonus kali ni
wah....pok cik kayaaaaa...

Ada orang dok pegang majalah Motor Traders
sambil hisap rokok gudang garam
dok terbayang-bayang bulan depan ni
nak naik Alphard latest series baru dgn anak bini
pi melancong, jalang-jalang kat pantai Penarik, Terengganu
seminggu lepas tu, nak naik BMW 6 series mata harimau dgn bini muda baru pula
makang angin keliling bukit bintang
mmmbrroooooowwwww......ahuk..ahuk....(tertelan asap rokok)

Ada orang dok pegang iPhone Magazine
Sambil termelangu dalam library Universiti Darul Khutub
macam ternampak-nampak iPhone 4G, harga 3 ribu dalam genggaman
masa tu boleh tunjuk kat awek masa dating di tepi tasik nanti
Boleh ambil gambar-gambar sekali
sambil dengar lagu Bunga-Bunga cinta, Misha Omar (hahaha..cari dlm internet ni)
ah...alangkah bahagianya saat itu
dunia ini diciptakan hanya utk kita berdua....cewah...

Ada orang dok pegang tasbih panjang 2 hasta
bijinya sebesar biji guli
Sekali petik, boleh gi 20 biji
tiga kali buka mulut, habis satu tasbih
wah...10minit dah 70 ribu kali aku tasbih
hebat....hebat.....naik lagi maqam aku
minggu depan boleh jadi wali la kalau lagu ni
oh....letihnya...
eh.....mana rokok Benson & Hedges aku tadi
alamak...dalam plastik bungkus McDonald la

Ada orang bertelengkup sujud di dinihari yg sunyi
menangis tersedu-sedan
mengenang pahit-pahit dosa lalu
mengharap sekelumit cinta dan belas kesian Ilahi
buat meneruskan perjalanan yang masih panjang dan berliku
mengharap secebis kekuatan
buat bekal menongkah arus jahiliyyah zaman
dan menyelamatkan ummah yang sedang dalam kelemasan

Malam nanti, naik bas transnasional lagi
tinggal anak isteri yang sentiasa happy
kali ni ke sebelah utara pula
update ahli-ahli di sana, apa perkembangan da'wah kita
sharing session, supaya semuanya bekerja sehati sejalan
bersalam dgn jiwa-jiwa baru, oh..bahagianya..

Malam esok, lusa, tulat, tungging.....begitu dan begini
oh...indahnya jambatan akhirat ini.....

Alamak.....aku dimana..??

Category: | 0 Comments

Dulu, saya pernah menghadiri satu mensyuarat dengan satu pihak dari United Kingdom, melalui sidang video (VC) Leeds-Kertih. Di Terengganu waktu tu ialah 3.00 petang dan di Leeds rasanya pukul 4.00pagi.

Bila buka saja VC pada waktu yang dijanjikan...tu dia....orang disebelah sana sudah bersedia, duduk tegap dgn teratur sekali mengelilingi meja, seramai lebih kurang 10 orang. Semuanya memandang ke skrin dgn penuh disiplin sambil tersenyum sinis. Saya pada waktu tu amat terasa malu sekali, rasa macam nak sorok saja muka bawah meja. Sebabnya, walaupun kami hanya seramai 6 orang saja, buat pula mesyuarat diwaktu siang hari, tapi masih agak terlewat dan belum bersedia. Masing-masing masih kesana-kesini buat air, cari pen, baru nak buka laptop, dan menunggu sekejap utk cukupkan korum. Dan mesyuarat itu pulak agak penting juga, untuk bincangkan satu projek bernilai jutaan ringgit.

Bilik mesyuarat mereka semuanya dikelilingi tingkap cermin penuh, jadi nampaklah di luarnya masih gelap gelita. Semakin lama, nampak hari semakin cerah dan cerah.

Itulah salah satu gambaran bila mesyuarat dgn 'orang kita'. Pengalaman kita semua berprogram, mesyuarat dan berinteraksi dgn pelbagai bangsa dan negara, secara umumnya dapat menceritakan apa masalah dgn orang kita. Yang paling tak sedap sekali ialah bila org buat persepsi, begitulah gambaran orang Islam. Jenuh pula la nak counterclaim.

Saya lihat masalah menjaga masa ni, bukan setakat melanda umat melayu Islam, tetapi juga di Timur Tengah, negara-negara Arab dan umat Islam Afrika, rasanya lebih ketara. Geng-geng 'mat saleh' ni dah tercokoh dalam bilik mesyuarat, orang Mesir, Arab, Sudan dan orang melayu kita masih 'on the way'. 'Mat Saleh' tu pulak bukan setakat refer ke orang England dan US, tapi dari Denmark, Australia, NZ dan sebagainya. Itu adalah setakat gambaran umum, tapi ada juga sebaliknya.

Kalau setakat program nak bincang hal-hal masalah dunia, bolehlah dimaafkan lagi, kadang2 rasa nak kata juga 'biaq pi la dekat hangpa'. Tapi, malangnya masalah menjaga masa ni, dah menjadi rahsia umum, turut melanda aktivis-aktivis gerakan ISLAM, sama ada sedikit atau banyak. Pengalaman saya yg sedikit ni bersama NGO-NGO/parti Islam di tanahair kita, memang sokmo ada kejadian-kejadin lewat ni.

Datang lewat meeting dan program anjuran bersama, dah jadi masalah umum sejak berzaman-zaman dan turun temurun (1/2 minit pun lewat juga la, kalau tanpa alasan). (minta maaf....minta maaf) Kadang-kadang masalah ini bukan setakat melanda orang baru, tapi para syeikh yang dah lama dalam da'wah (dgn reserve bahawa dia mungkin ada keuzuran yg tidak dapat dielakkan, walau sekerap mana ia berlaku). Masalah kita ialah, disebabkan respect yang tinggi, membuatkan kita malu alah utk tegur.

Kadang-kadang ada juga yang secara faktanya, terkenal sebagai sokmo datang lambat, tapi pada hari dia terdatang awal sikit dan pada masa sama ada rakan yang datang lewat walaupun dgn alasan yang amat munasabah, habis 'dilenyeknya' juga....dikaitkan dgn Iman, ketaatan, amanah etc...nak terasa lucu juga. Tapi utk orang mukmin, peringatan adalah berfaedah utk dirinya, walau apa keadaan sekalipun. Peringatan yg baik dari ALLAH Swt. Keperluan menjaga amanah diri dan organisasi, tidak dipertikaikan lagi kepentingannya.

Dilain ketika, kadang-kadang ada sahabat yang sejak sebelum fajar kazib dah bertungkus lumus bersiap dan mensiapkan anak-anak kecil utk (cuba) hadir program yg jauh tepat pada waktunya, tapi alangkah sedihnya, bila sampai program pada waktunya...mmmm....hampa...kalaulah bukan sebab syurga dan redha ALLAH... nau'zubillahimanzalik.....mau saja lari balik hari tu. Dan hal yang sama berlaku berterusan dan berterusan tanpa pembaikan seolah-olah ia adalah perkara yang telah ma'ruf dan 'halal' disisi kita.

Kadang-kadang kita sengaja tetapkan masa, katakan 1 jam lebih awal dalam agenda, sebagai 'lesen' utk orang lewat, boleh datang lewat. Namun, disebaliknya kita telah menghukum orang yang datang tepat masa dgn kerugian masa dan kelam-kelibut bertolak lebih awal nun dari jauh. Bila datang..mmmm.... Sebab itu lama-kelamaan, ditakuti datang lewat akan jadi halal dan budaya yang diterima semua orang, tanpa rasa apa-apa.

Sebab itu, Ust Fauzi Asmuni, Naib Presiden ISMA, ada bagitau dulu bahawa kalau nak tetapkan masa sesuatu program atau mesyuarat, tetapkan pada waktu yang sesuai kepada (hampir) semua orang dgn mengambil kira jarak perjalanan, masa, waktu kerja etc..Selepas itu semua kena komit.

Sekadar coretan dan peringatan bersama berdasarkan pemerhatian dan medan amal NGO-NGO di tempat kita.....dari sahabat/rakan yang masih cuba memaksa diri utk tepati waktu ini....yang sesekali 'terkantoi' juga, walaupun dah berusaha tekan pedal minyak serapat mungkin (mungkin kereta kurang power kot..atau pun driver nya)

Utk menjadi jamaah qudwah dan mathalul a'la (contoh ikutan yg tinggi) kepada masyarakat, MUSTAHIL ada cara yang lain, selain membentuk peribadi ahlinya sebagai qudwah dalam setiap segi, bukan hanya di dalam usrah sahaja "kerana usrah kita yang sebenar sepatutnya bermula dari tasbih kafarah sehingga alfatihah program berikutnya, dan bukan sebaliknya".

Itulah beratnya tugas dan amanah diatas pundak seorang da'ie. Tapi......bukan kah syurga itu mahal harganya. Mahar pinangannya saja sudah tidak tertanggung oleh kita andainya tidak dgn belas kasihan dan Rahmat, Rahim serta Ampunan dari ALLAH Swt.

Category: | 0 Comments

Salam,

Ucapan tahniah kepada sahabat-sahabat dari NGO Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) atas pelancaran secara rasminya nama NGO ini di bumi Malaysia pada 20 June yang lalu. Semoga kita dapat bersama-sama bekerja 'Demi Redha Allah, Kita Menjulang Da'wah' seperti dalam lagu rasminya. Saya juga ada SMS ucapan tahniah kepada beberapa rakan IKRAM atas maksud yang sama.

Note: "Salam Kasih Ukhuwah" adalah ayat terakhir yg kerapkali saya kepilkan ketika jawab SMS atau email daripada rakan-rakan daripada NGO Islam lain, walau apa saja isi kandungan yg diterima. Ini supaya kita faham bahawa dalam kita berbincang, berbual dan sesekali mungkin berlainan pendapat, kita tetap orang mukmin dan amilin yang ada ikatan dan hak kasih ukhuwah sampai bila-bila.

Category: | 0 Comments

'Jalan-jalan' tetiba terjumpa artikel lama ni yang plan asalnya nak publish kat satu blog, jadi sebagai tazkirah bersama, saya publish dekat sini lah..

Selasa lalu (20/1/2009), berpuluh ribu rakyat Palestine meraikan kemenangan mereka mengusir tentera Yahudi dan terus menyatakan sokongan kepada Hamas. Diorang bijak, buat demo waktu Setiausaha PBB Ban Ki-Moon sedang tinjau ibupejabat PBB di Gaza yang terletak beberapa meter dari tempat berhimpun, jadi Israel tak akan serang waktu tu. Bayangkan kaalu diserang waktu ni.....

Dengan penuh kebencian para pejuang Islam menzahirkan cemuhan ke atas rejim zionis melalui sepanduk besar dalam bahasa Hebrew berbunyi - 'Kekalahan yang memalukan Yahudi Israel', 'Gaza hanya perlu membaling seketul batu untuk menyingkirkan negeri Yahudi'.




Pelik tapi benar... Hanya kekuatan Iman beserta rifle dan roket kecil mampu mengalahkan Israel yang ada semua senjata2 yg paling canggih dalam dunia ni i.e kereta kebal Merkeva, helikopter Apachee, jet pejuang F16, F17, F18 yg dibekal Amerika. PBB sedang siasat dakwaan penggunaan uranium & fosfurus dalam perang ni. Memang ganas & kejam. Doktor2 Jordan yg baru balik dari Gaza kelmarin buat kenyataan akhbar yang diorang amat terkejut dengan kecederaan yg dialami mangsa yang mereka langsung tak pernah tengok selama ni. Kulit mangsa keluar asap bila kena fosfurus, luka terbakar teruk, dilenyek dengan kereta kebal.

Sesuatu yang amat menyentuh dan menyegarkan hati. Semoga keimanan dan ketakwaan pejuang Palestin akan terus membara dan turut menghangatkan jiwa-jiwa kita bersama. Tiada yang lebih bahagia dan berjaya seorang manusia, melainkan kembali kepada ALLAH Swt sebagai seorang yang di redhai ALLAH, yang telah menggadai dan menjual diri dan jiwanya utk Dien ALLAH Swt.

Ia bukan angan-angan kosong, tetapi suatu peluang dan ruang yang terbuka kepada sesiapa saja. Ia perlu dimulakan dgn menambah kefahaman serta memupuk keimanan dan penyerahan diri yang total kpd Rabb yang Maha Agung seterusnya berdoa supaya kita menjadi tergolong dalam kalangan syuhada' ..(pernah seseorang bertanya dulu, ramai orang nak mengakhirkan hidupnya sebagai seorang syuhada', tapi sudahkah kita menyelitkan hajat ini didalam doa kita secara bersungguh-sunnguh..??)

Category: | 0 Comments

Usai saja solat Isya' yang diimamkan oleh Ustaz Zaim Al-Hafiz, student kat Jami’ah Al-Afriqiyyah AlDauliyyah, tiba-tiba terdengar suara dua kanak-kanak menangis dan menjerit-jerit. Suara tu terus terbawa sampai keluar....menangis dan menjerit-jerit macam orang yang kesakitan. Makin lama makin jauh. Rasa menggelegak dalam hati aku....kesian..simpati....pilu...sedih...

Sepanjang solat tadi, dua adik beradik ni dalam usia 5-7 tahun, dok main, bersuka dan bergelak ketawa dibelakang saf solat. Aku tau, ayahnya mesti dah mengelegak sepanjang waktu solat. Sebab tu habis saja solat, ayahnya bingkas bangun dan lepaskan segala ‘lahar-lahar’ di luar tempat solat. Mungkin teruk juga budak-budak tu dikerjakannya. Aku pun tak pasti kenapa malam tu budak-budak 2 orang ni ‘galak’ sangat, sebab sebelum ni solat saja. Mungkin juga hari ni seronok lebih sebab dapat jumpa ayahnya yang dah 2 minggu outstation ke China. Kesian…

Dulu, semasa Naim (anakku yg sulung) belum berusia hampir 6 tahun, adalah waktu yg amat mencabar bila bawa gi solat jemaah, terutamanya waktu maghrib dan Isya' sebab waktu ini budak-budak lain pun ramai. Kalau subuh, adalah waktu yang paling tenang dan tenteram sebab dia dan adik-adiknya pun masih 'lemah', active point belum diaktifkan. Budak-budak lain pun tak ada, kalau ada pun, dalam keadaan 'lemah' juga.

Memang biasanya waktu solat tu, hati tak tenteram la bila dengar suara diorang bergelak, ketawa, bergurau senda,bercakap dan bising-bising..sekejap dengar ditepi surau, dikanan, diluar....fuhhh..mencabar sungguh. Habis saja solat sunat, dan naik kereta, habis la kena 'syarahan perdana'...masing-masing senyap saja, diam termasuk Usaid yg kecik...hahaha...kadang-kadang bila masuk saja rumah, terus gi 'report' ke Ummi nya dgn bahasa dan gayanya.

Jarang sangat sentuh fizikal, kalau ada pun paling kuat ialah cubit kat betis sambil bagitau kenapa kena cubit. Tapi kalau hari yang diorang solat dgn baik maka puji, sayang dan ulang-ulang cerita dan gembar-gemburkan se gah mungkin.
















Kadang-kadang saja je bawa diorang lalu pusing-pusing jalan yang jauh, sebab nak bagi lama sikit 'bersyarah'. Memang selalunya berjanji la akan solat sampai habis, tapi dah namanya budak ni, malam esok dan seterusnya buat lagi...bila tanya macam-macam lah justifikasinya. Diorang kata ingat dan tau pesanan ayah, tapi bila kawan-kawan datang cuit dan kacau-kacau, mula-mula tu mampu bertahan, tapi lama-lama diorang pula yang lebih. Waktu tu Naim 5 tahun, Muaz 3 tahun dan Usaid 1 tahun.

Bila terdengar diorang bising tu, bukan setakat mengganggu jemaah solat, tapi juga risaukan keselamatan mereka. Mudah saja peraturannya, waktu solat kena solat sampai habis. Habis solat baru boleh main-main. Di masjid & surau ni, macam-macam dah jadi. Pernah Naim jatuh dari surau, alhamdulillah jatuh atas pokok bunga, hanya calar-calar saja lah (lucu juga, tengok-tengok dah kat kat bawah, dok peluk pokok bunga yang banyak semut gatal, sambil menangis. Muaz yg datang beritahu). Pernah Muaz (ke Usaid..?) pecah bibir dan luka dagu, hampir-hampir doctor nak jahit mulut dah malam tu. Bab-bab terjatuh, bengkak dahi dan luka dah banyak kali.

Tapi Alhamdulillah, sejak umur 5 tahun lebih, Naim dah okay, solat saja sampai habis dan boleh bagi arahan dan jaga adik-adik. Rupa-rupanya, memang macam tu, bila pegang yang 'kepalanya', ekor-ekor ni akan okay. Cuma kena sabar la sikit...bayangkan hal ini berterusan sejak Naim bayi dulu dan boleh dibawa ke surau sehingga umurnya 5 tahun, itulah rutinnnya. Memang betullah, tarbiyyah adalah proses yang panjang, perlu kesabaran, kelembutan, tahan & lawan perasaan, mengikut tahap (dan usia), ulang-ulang, latihan, hukuman, ganjaran, peringatan, muhasabah, doa dan harapan positif. Selain kita juga kena muhasabah sokmo dan sembang selalu hal diri sendiri dan anak-anak.

Selain tu selalu juga, kalau dah waktunya nak beli mainan atau buat atau pergi ke tempat-tempat yang mereka teramat suka, ambil kesempatan dengan kaitkan dengan apa yang diorang buat yang 'soleh-soleh'. Semua itu sebagai hadiah sebab, contohnya dah gi solat baik-baik (ada juga kadang-kadang comel saja solatnya), tolong ummi & ayah (specifikkan), tolong adik-beradik, tolong kawan-kawan, rajin baca Quran/Iqra', baca buku, tolong bagi apa-apa ke jiran etc...ungkitkan semula kebaikan mereka selalu. Memang nampak la semua ‘kembang hidung’ dan muka berseri-seri dan seronok kena puji. Bila dapat mainan ke, diorang rasa puas sangat .


Ada seorang tok imam di kawasan saya. Dulu dia amat ‘memusuhi’ orang lain bawa anak-anak kecil ke masjid. Macam-macam komen dan peringatannya, terasa hati la juga para ayah-ayah ni. Tiba-tiba suatu hari, anaknya berpindah dari negeri di utara dan tinggal sebelah saja dengan surau tempat dia jadi imam tu. Jadi cucunya selalunya datang ke surau tersebut. Dan kebetulan cucu-cucunya ni pula semua ‘hero’ dan ‘heroin’ tegar, menambahkan lagi kemeriahan surau tersebut. Jadi sejak tu, tok imam ni dah tak bising lah dengan orang lain yang bawa anak ke surau. Memang banyak tempat yang masih begitu, ada seorang penceramah kata “tidak mesra anak-anak”. Kadang-kadang bukan setakat anak-anak kecil saja, anak-anak remaja pun tak dihargai bila datang masjid. Last sekali, masjid hanya jadi tempat berkumpul mereka yang berusia pencen.

Gitulah namanya budak. Tak dinafikan memang ada anak-anak yang sejak kecil lagi dah boleh ikut peraturan tanpa masalah. Datang saja surau, duduk dan ikut saja ayahnya solat ditepi sampai habis.

Bila berada berjauhan ni..Ya Allah..rasa rindunya saat-saat itu semua. Sebab tu, saya rasa amat tidak elok sekali suami-isteri-anak tinggal berjauhan untuk waktu yang lama atau pun jumpa hanya sehari-dua dihujung minggu. Sebab zaman kanak-kanak ni hanya sekali. Waktu tu adalah period tarbiyyah yang paling berkesan dan akan kekal lama. Ia hanya sekali. Masa itu tak boleh dibeli lagi walau dengan harta sebanyak alam ini.

Rasanya semua yang akan berkahwin atau dah berkahwin dah baca macam-macam mengenai pembentukan anak-anak ni. Syeikh Al-Qardawi pernah sebut bahawa apa saja yang berlaku pada dia hari ni adalah kesan didikan ayah dan ibunya ketika dia kanak-kanak dulu. Kita tahu didikannya dalam Madrasah Tarbiyyah Hassan Albanna amat signifikan dalam hidupnya sejak berusia belasan tahun lagi, namun didikan ibubapa adalah pembentukan awal yang tiada galang gantinya (kalau tak silap ada disebut dalam bukunya Pengalamanku Bersama Ikhwan Muslimin)

Semoga coretan ini ada sedikit manfaat. Betullah kata Imam AlBanna bahawa tanggungjawab yang terpikul dibahu kita ni lebih banyak daripada masa yang kita ada. Seorang individu, dia memegang pelbagai jawatan i.e jawatan sebagai hamba ALLAH, anak, menantu, adik, abang, suami/isteri, ayah, pendidik, daie, murabbi, mutarabbi, jiran, pelajar, pekerja, majikan etc.....itu belum dikira lagi jawatan-jawatan di NGO, komuniti masyarakat, surau dan kerja-kerja membangun Ummah ini. Semuanya menuntut masa dan kesungguhan yang bukan sedikit. Semuanya membuka peluang-peluang utk mencari Redha Allah. Terasa bila makin tua, makin banyak pula tanggungjawab. Semoga ALLAH akan memberi kita kekuatan dan menetapkan hati atas Iman. Wallahualam.

Gambar ni diambil dalam skype (from 8,000 kilometer away). Naim solat dgn Umminya. Budak kecik dua orang lagi tu kat belakang, tak tahan dah nak main.

Category: | 0 Comments


Sedang ziarah blog seseorang...mmmm....canggih, kreatif dan penuh dgn lagu-lagu-lagu nasyid. Sesekali rasa 'jelous' jugak, bila lah nak buat blog ni pun secanggih tu. Gitulah, boleh update dan masuk entri baru ni pun, dah kira 'besar rahmat'. Wah.....last posting tahun 2008..lamanya... (sebenarnya, selama tu pun ada menulis juga sikit2, tapi hanya pos ke blog dan website lain)

Berlaku pada ramai orang (termasuk saya) ialah kalau nak mereka-reka atau menulis-nulis ni kena ada waktu. Biasanya waktu terbaik ialah sebelum subuh. Waktu tu baru ada 'feeling'; keluar dari hati, perut, limpa dan jantung. Bercakap dari hati lain bunyi, intonasi dan nadanya.

Dalam 3-4 tahun lepas, syeikh-syeikh para dai'e dah 'alert' dan bagi gesaan supaya kalau boleh setiap orang kena ada blog sendiri. Hari ni, saya secara peribadi dah nampak kesannya. Orang zaman sekarang main blog dan facebook, twitter dan yang sezaman dengannya saja. Hampir semua orang pandai internet. Nak rujuk apa-apa guna internet. Statistik pengguna internet dunia naik dgn drastik. (Sekarang internet bagi saya, masuk satu lagi kategori iaitu cari resepi masak...hahaha...dok tahang juga kalau selalu makang roti saja).

Dengan blog, pemikiran dan fikrah seorang dai'e boleh tersebar secara bebas tanpa sekatan. Kalau dulu-dulu, orang yang diberi ruang dalam majalah, suratkhabat, radio dan TV saja boleh sebarkan fikrahnya secara meluas keseluruh negara, tapi kini semua orang boleh memanfaatkannya utk sebaran seantereo dunia, tanpa sempadan fizikal.

Saya pernah terbaca statistik yang menunjukkan bahawa antara blog dan entri yang paling banyak berkembang atau bertambah dengan cepat ialah mengenai Islam atau ditulis oleh orang Islam, terutamanya selepas tragedi 11 Sept 2001.

Blog ni pun suatu barang hikmah juga, yang perlu orang Islam manfaatkannya. Seseorang yang menunjukkan jalan kebaikan, dan ia diikuti oleh orang lain, maka kebaikan dan ganjaran pahala akan kembali kepada orang tadi.

Sesuatu kata-kata yang baik tu, besar kesannya walaupun kita nampak kecil dan simple. Berapa banyak dah hati-hati yang dah berubah hanya dengan kata-kata yang simple. Diri manusia ni umpama istana yang gah dan besar yang didalamnya tinggal raja dan kerajaannya yang memerintah dunia. Setiap istana pula mesti ada jalan masuknya. Dan setiap jalan masuknya mesti ada pintu atau pagar. Dan setiap pintu tu, mesti ada kuncinya yang kecil saja. Walau sebesar mana pun istana tu, kunci pintunya tetap kecil saja. Kata-kata yang ikhlas walau simple boleh jadi anak kunci kepada pintu hati yang tertutup.

Lantaran itu Syeikh Ahmad ArRashid pun ada menyebut dalam almuntalaq bahawa Allah SWT akan mengurniakan pahala dan ganjaran seperti para pejuang (mujahid) dan para muhajirin kpd orang yang saling berpesan kepada kebenaran, menyuruh manusia kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran dgn melontarkan hujah-hujah Allah dan keteranganNya. Ia adalah satu Jihad (lihat bab Jihad dgn hujah).

Blog adalah sebahagian kecil dari platformnya. Ia juga menjadi hujah dan peringatan kepada penulis, semestinya. Ia juga adalah sumber kekuatan ketikamana memerlukan peringatan dan kekuatan untuk melangkah. Kerana hasil penulisan adalah terjemahan apa yang berlegar difikiran, sudah semestinya si penulis lebih memahami dan menjiwainya.








Category: | 0 Comments