Dulu, saya pernah menghadiri satu mensyuarat dengan satu pihak dari United Kingdom, melalui sidang video (VC) Leeds-Kertih. Di Terengganu waktu tu ialah 3.00 petang dan di Leeds rasanya pukul 4.00pagi.

Bila buka saja VC pada waktu yang dijanjikan...tu dia....orang disebelah sana sudah bersedia, duduk tegap dgn teratur sekali mengelilingi meja, seramai lebih kurang 10 orang. Semuanya memandang ke skrin dgn penuh disiplin sambil tersenyum sinis. Saya pada waktu tu amat terasa malu sekali, rasa macam nak sorok saja muka bawah meja. Sebabnya, walaupun kami hanya seramai 6 orang saja, buat pula mesyuarat diwaktu siang hari, tapi masih agak terlewat dan belum bersedia. Masing-masing masih kesana-kesini buat air, cari pen, baru nak buka laptop, dan menunggu sekejap utk cukupkan korum. Dan mesyuarat itu pulak agak penting juga, untuk bincangkan satu projek bernilai jutaan ringgit.

Bilik mesyuarat mereka semuanya dikelilingi tingkap cermin penuh, jadi nampaklah di luarnya masih gelap gelita. Semakin lama, nampak hari semakin cerah dan cerah.

Itulah salah satu gambaran bila mesyuarat dgn 'orang kita'. Pengalaman kita semua berprogram, mesyuarat dan berinteraksi dgn pelbagai bangsa dan negara, secara umumnya dapat menceritakan apa masalah dgn orang kita. Yang paling tak sedap sekali ialah bila org buat persepsi, begitulah gambaran orang Islam. Jenuh pula la nak counterclaim.

Saya lihat masalah menjaga masa ni, bukan setakat melanda umat melayu Islam, tetapi juga di Timur Tengah, negara-negara Arab dan umat Islam Afrika, rasanya lebih ketara. Geng-geng 'mat saleh' ni dah tercokoh dalam bilik mesyuarat, orang Mesir, Arab, Sudan dan orang melayu kita masih 'on the way'. 'Mat Saleh' tu pulak bukan setakat refer ke orang England dan US, tapi dari Denmark, Australia, NZ dan sebagainya. Itu adalah setakat gambaran umum, tapi ada juga sebaliknya.

Kalau setakat program nak bincang hal-hal masalah dunia, bolehlah dimaafkan lagi, kadang2 rasa nak kata juga 'biaq pi la dekat hangpa'. Tapi, malangnya masalah menjaga masa ni, dah menjadi rahsia umum, turut melanda aktivis-aktivis gerakan ISLAM, sama ada sedikit atau banyak. Pengalaman saya yg sedikit ni bersama NGO-NGO/parti Islam di tanahair kita, memang sokmo ada kejadian-kejadin lewat ni.

Datang lewat meeting dan program anjuran bersama, dah jadi masalah umum sejak berzaman-zaman dan turun temurun (1/2 minit pun lewat juga la, kalau tanpa alasan). (minta maaf....minta maaf) Kadang-kadang masalah ini bukan setakat melanda orang baru, tapi para syeikh yang dah lama dalam da'wah (dgn reserve bahawa dia mungkin ada keuzuran yg tidak dapat dielakkan, walau sekerap mana ia berlaku). Masalah kita ialah, disebabkan respect yang tinggi, membuatkan kita malu alah utk tegur.

Kadang-kadang ada juga yang secara faktanya, terkenal sebagai sokmo datang lambat, tapi pada hari dia terdatang awal sikit dan pada masa sama ada rakan yang datang lewat walaupun dgn alasan yang amat munasabah, habis 'dilenyeknya' juga....dikaitkan dgn Iman, ketaatan, amanah etc...nak terasa lucu juga. Tapi utk orang mukmin, peringatan adalah berfaedah utk dirinya, walau apa keadaan sekalipun. Peringatan yg baik dari ALLAH Swt. Keperluan menjaga amanah diri dan organisasi, tidak dipertikaikan lagi kepentingannya.

Dilain ketika, kadang-kadang ada sahabat yang sejak sebelum fajar kazib dah bertungkus lumus bersiap dan mensiapkan anak-anak kecil utk (cuba) hadir program yg jauh tepat pada waktunya, tapi alangkah sedihnya, bila sampai program pada waktunya...mmmm....hampa...kalaulah bukan sebab syurga dan redha ALLAH... nau'zubillahimanzalik.....mau saja lari balik hari tu. Dan hal yang sama berlaku berterusan dan berterusan tanpa pembaikan seolah-olah ia adalah perkara yang telah ma'ruf dan 'halal' disisi kita.

Kadang-kadang kita sengaja tetapkan masa, katakan 1 jam lebih awal dalam agenda, sebagai 'lesen' utk orang lewat, boleh datang lewat. Namun, disebaliknya kita telah menghukum orang yang datang tepat masa dgn kerugian masa dan kelam-kelibut bertolak lebih awal nun dari jauh. Bila datang..mmmm.... Sebab itu lama-kelamaan, ditakuti datang lewat akan jadi halal dan budaya yang diterima semua orang, tanpa rasa apa-apa.

Sebab itu, Ust Fauzi Asmuni, Naib Presiden ISMA, ada bagitau dulu bahawa kalau nak tetapkan masa sesuatu program atau mesyuarat, tetapkan pada waktu yang sesuai kepada (hampir) semua orang dgn mengambil kira jarak perjalanan, masa, waktu kerja etc..Selepas itu semua kena komit.

Sekadar coretan dan peringatan bersama berdasarkan pemerhatian dan medan amal NGO-NGO di tempat kita.....dari sahabat/rakan yang masih cuba memaksa diri utk tepati waktu ini....yang sesekali 'terkantoi' juga, walaupun dah berusaha tekan pedal minyak serapat mungkin (mungkin kereta kurang power kot..atau pun driver nya)

Utk menjadi jamaah qudwah dan mathalul a'la (contoh ikutan yg tinggi) kepada masyarakat, MUSTAHIL ada cara yang lain, selain membentuk peribadi ahlinya sebagai qudwah dalam setiap segi, bukan hanya di dalam usrah sahaja "kerana usrah kita yang sebenar sepatutnya bermula dari tasbih kafarah sehingga alfatihah program berikutnya, dan bukan sebaliknya".

Itulah beratnya tugas dan amanah diatas pundak seorang da'ie. Tapi......bukan kah syurga itu mahal harganya. Mahar pinangannya saja sudah tidak tertanggung oleh kita andainya tidak dgn belas kasihan dan Rahmat, Rahim serta Ampunan dari ALLAH Swt.

Category: | 0 Comments

0 comments to “Masa Adalah Kehidupan”