Sedang ziarah blog seseorang...mmmm....canggih, kreatif dan penuh dgn lagu-lagu-lagu nasyid. Sesekali rasa 'jelous' jugak, bila lah nak buat blog ni pun secanggih tu. Gitulah, boleh update dan masuk entri baru ni pun, dah kira 'besar rahmat'. Wah.....last posting tahun 2008..lamanya... (sebenarnya, selama tu pun ada menulis juga sikit2, tapi hanya pos ke blog dan website lain)

Berlaku pada ramai orang (termasuk saya) ialah kalau nak mereka-reka atau menulis-nulis ni kena ada waktu. Biasanya waktu terbaik ialah sebelum subuh. Waktu tu baru ada 'feeling'; keluar dari hati, perut, limpa dan jantung. Bercakap dari hati lain bunyi, intonasi dan nadanya.

Dalam 3-4 tahun lepas, syeikh-syeikh para dai'e dah 'alert' dan bagi gesaan supaya kalau boleh setiap orang kena ada blog sendiri. Hari ni, saya secara peribadi dah nampak kesannya. Orang zaman sekarang main blog dan facebook, twitter dan yang sezaman dengannya saja. Hampir semua orang pandai internet. Nak rujuk apa-apa guna internet. Statistik pengguna internet dunia naik dgn drastik. (Sekarang internet bagi saya, masuk satu lagi kategori iaitu cari resepi masak...hahaha...dok tahang juga kalau selalu makang roti saja).

Dengan blog, pemikiran dan fikrah seorang dai'e boleh tersebar secara bebas tanpa sekatan. Kalau dulu-dulu, orang yang diberi ruang dalam majalah, suratkhabat, radio dan TV saja boleh sebarkan fikrahnya secara meluas keseluruh negara, tapi kini semua orang boleh memanfaatkannya utk sebaran seantereo dunia, tanpa sempadan fizikal.

Saya pernah terbaca statistik yang menunjukkan bahawa antara blog dan entri yang paling banyak berkembang atau bertambah dengan cepat ialah mengenai Islam atau ditulis oleh orang Islam, terutamanya selepas tragedi 11 Sept 2001.

Blog ni pun suatu barang hikmah juga, yang perlu orang Islam manfaatkannya. Seseorang yang menunjukkan jalan kebaikan, dan ia diikuti oleh orang lain, maka kebaikan dan ganjaran pahala akan kembali kepada orang tadi.

Sesuatu kata-kata yang baik tu, besar kesannya walaupun kita nampak kecil dan simple. Berapa banyak dah hati-hati yang dah berubah hanya dengan kata-kata yang simple. Diri manusia ni umpama istana yang gah dan besar yang didalamnya tinggal raja dan kerajaannya yang memerintah dunia. Setiap istana pula mesti ada jalan masuknya. Dan setiap jalan masuknya mesti ada pintu atau pagar. Dan setiap pintu tu, mesti ada kuncinya yang kecil saja. Walau sebesar mana pun istana tu, kunci pintunya tetap kecil saja. Kata-kata yang ikhlas walau simple boleh jadi anak kunci kepada pintu hati yang tertutup.

Lantaran itu Syeikh Ahmad ArRashid pun ada menyebut dalam almuntalaq bahawa Allah SWT akan mengurniakan pahala dan ganjaran seperti para pejuang (mujahid) dan para muhajirin kpd orang yang saling berpesan kepada kebenaran, menyuruh manusia kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran dgn melontarkan hujah-hujah Allah dan keteranganNya. Ia adalah satu Jihad (lihat bab Jihad dgn hujah).

Blog adalah sebahagian kecil dari platformnya. Ia juga menjadi hujah dan peringatan kepada penulis, semestinya. Ia juga adalah sumber kekuatan ketikamana memerlukan peringatan dan kekuatan untuk melangkah. Kerana hasil penulisan adalah terjemahan apa yang berlegar difikiran, sudah semestinya si penulis lebih memahami dan menjiwainya.








Category: | 0 Comments

0 comments to “Blog..blog...blog”